MASALAH PEMILIK PERNIAGAAN ENTERPRISE.
TAHU BUAT DUIT TAPI TIDAK TAHU NAK URUS DUIT!
KLINIK PENGURUSAN PERAKAUNAN UNTUK PERNIAGAAN ENTERPRISE & SDN BHD
ADAKAH ANDA SEDANG MENGALAMI MASALAH SEPERTI DI BAWAH INI? :
(Baca sehingga habis, jika ini adalah masalah anda, anda perlu belajar dan hadir ke klinik ini)
Ramai owner bisnes tahu buat duit dari perniagaan mereka tetapi sayangnya kebanyakan dari mereka tiada rekod perniagaan lengkap.
Mereka lupa JANTUNG bisnes terletak pada penyusunan kewangan iaitu duit keluar masuk sama ada jualan atau belian.
Ramai pemilik bisnes akhirnya terkubur disebabkan mereka tidak pernah tahu tentang untung dan rugi perniagaan mereka sendiri. Terlalu sibuk menjana sehinggakan tiada masa untuk mengurus kewangan yang masuk.
Ramai yang masih tidak tahu kos overhead atau kos operasi perniagaan mereka lebih tinggi dari jualan yang mereka perolehi. Nampak macam banyak jualan yang masuk dalam masa yang sama juga banyak yang keluar.
Ialah macam mana nak tahu jika penyata untung dan rugi (profit & Lost) pun mereka tak pernah buat?
Akhirnya perniagaan mereka lingkup bukan disebabkan pesaingan tetapi disebabkan masalah tidak tahu untung rugi jualan.
Cara untuk mengawal perbelanjaan operasi syarikat anda adalah berdasarkan penyata kewangan untung dan rugi.
Bila anda tahu untung rugi jualan, anda akan dapat "adjust" banyak kos operasi jualan anda seperti menentukan bajet kos marketing bulanan yang di perlukan. Menentukan kadar rate gaji tenaga kerja, menurunkan overhead yang tidak di perlukan. Membuat keputusan menambah atau mengurangkan tenaga kerja (Staff) jika diperlukan atau tidak di perlukan.
Masih ramai pemilik bisnes menganggap semua duit jualan yang diperolehi adalah duit yang boleh dibelanjakan sesuka hati. Mereka tidak pernah menentukan tetapan kadar gaji yang mereka perlukan. Mereka tidak pernah membayar potongan KWSP dan SOCSO mahupun simpanan.
Bisnes yang tidak pernah tahu untung dan rugi akan menyebabkan perniagaan tersebut tidak boleh membuat keputusan sewajarnya untuk berkembang. Dan yang paling malang adalah anda terpaksa mengejar jualan sehingga penat tanpa arah tuju.
Ramai bisnes owner yang mampu menjana kewangan tetapi sayangnya tidak pernah membayar CUKAI dan ZAKAT dan akhirnya pihak agensi berkepentingan tidak mahu MEMBERIKAN BANTUAN PEMBIAYAAN kepada perniagaan anda.
Bisnes maju tapi sayang tidak pernah "declare" cukai dan menyebabkan perniagaan "stuck" kekurangan modal dan tidak boleh berkembang.
Jika anda pemilik bisnes yang menjalankan operasi di dalam perniagaan anda sendiri, anda juga wajib untuk membayar gaji anda setiap bulan dengan menentukan Jumlah gaji yang anda perlukan.
Jika masih tidak mampu untuk membayar gaji sekalipun, letakkan seminimum yang anda perlukan. Bukan semua duit jualan boleh dibelanjakan sesuka hati walaupun syarikat itu adalah milik anda.
Jadi solusi bagi masalah bisnes owner seperti ini adalah memerlukan profil kewangan dari segi susunan penyata bulanan.
Isu utama pemilik bisnes adalah tidak tahu menyusun dokumen yang diperlukan seperti tidak tahu mengasingkan resit jualan, tidak tahu waktu bila payment voucher dikeluarkan, tidak tahu kegunaan petty cash, tidak mengeluarkan resit jualan kepada pelanggan, tiada sistem pengeluaran sebut harga, invoice dan resit, tidak tahu di mana hendak menyimpan rekod dokumen yang diperlukan ini.
Jika anda sedang mengalami masalah diatas, anda wajib sertai sesi Klinik Pengurusan Perakaunan Perniagaan untuk team kami bantu anda selesaikan masalah perakaunan perniagaan anda kemudian anda boleh teruskan untuk mencari jualan.
Bisnes anda boleh berkembang sekiranya anda mahir membaca penyata laporan untung & rugi syarikat anda sendiri. Di dalam sesi ini, kami akan mengajar anda kaedah yang mudah difahami dari aspek perakaunan dalam perniagaan sehingga anda dapat merungkai 'GAME' perniagaan yang perlu anda fahami untuk ke peringkat seterusnya.
Jika anda yang berniaga dan sedang melalui proses jualan bulanan anda sekitar RM3000 - RM10,000 dan keatas anda wajib sertai sesi ini sebelum jualan anda melonjak.
KAWAL PERNIAGAAN ANDA DENGAN MENYUSUN KEMBALI PROFIL KEWANGAN UNTUK PERNIAGAAN ANDA DENGAN BETUL
5 ASAS ANDA PERLU TAHU TENTANG AKAUN PENIAGAAN ANDA.
![]()
1. Jangan rompak akaun perniagaan sendiri
Kesilapan utama peniaga ialah, mereka fikir itu perniagaan mereka dan mereka boleh suka-suka hati ambil duit untung syarikat. Salah! Peniaga tidak boleh ambil duit perniagaan. Duit perniagaan adalah untuk anda pusingkan modal, bayar kos dan pelaburan. Jika anda sebagai peniaga perlukan wang tunai untuk kegunaan peribadi, anda tak boleh ambil ikut suka hati dalam jumlah yang ikut suka hati juga. Anda perlu ambil gaji.
Ye betul! Ramai peniaga tidak bayar diri sendiri gaji dan sebab itu asyik rompak duit perniagaan sendiri. Ada siapa yang buat macam tu? Mulai dari sekarang, sila ambil gaji dan jadikan ianya sebagai kos perniagaan anda.
2. Tiada akaun bank perniagaan
Tidak kira berapa besar perniagaan anda, anda perlu ada akaun bank perniagaan. Jangan masukkan duit perniagaan anda ke dalam akaun peribadi. Itupun dikira sebagai merompak duit syarikat.
Gunakan akaun khas untuk semua perbelanjaan perniagaan dan semua duit yang diterima. Akaun bank perniagaan akan memudahkan anda untuk berurusan dengan pelbagai pihak lain seperti pihak kerajaan, percukaian dan bank di masa akan datang. Disamping memberi nilai kepercayaan pelanggan dalam urusan jual beli.
3. Tiada sistem perakaunan
Ada peniaga yang dah berniaga bertahun-tahun tapi masih tidak ada sistem perakaunan yang betul. Semua duit keluar masuk hanya dicatat secara manual. Resit pembelian atau pembayaran juga tak disimpan dengan rapi. Ini akan mengundang masalah bila anda nak membuat pengiraan zakat atau pembayaran cukai nanti.
Sebenarnya, anda tak perlu pun melantik seorang yang khas untuk menguruskan akaun anda di ofis. Anda boleh sahaja melantik akauntan bertauliah sebagai penasihat dan konsultan akaun anda.
Kos untuk melantik akaun tetap akan menelan perbelanjaan sekitar RM2500 sebulan untuk membayar gaji.
Bagi anda yang baru bermula boleh dapatkan khidmat sumber luar (Outsource) untuk memudahkan urusan anda dan paling penting MENJIMATKAN wang anda. pastikan, beliau ada pengalaman menguruskan akaun dan pernah buat “full set account” sebelum ini.
Walaubagaimanapun, anda sebagai pemilik perniagaan, seharusnya lebih bijak dari mereka. Sekurang-kurangnya anda mempunyai ilmu asas dalam pengurusan perniagaan demi memastikan laporan yang dikeluarkan setiap bulan tepat dan betul.
4. Tidak simpan resit, voucher bayaran dan invoice.
Dalam perniagaan, ada beberapa dokumen penting yang berkaitan dengan urusan jual beli anda yang perlu anda simpan dengan baik.
Antaranya ialah, resit penerimaan bayaran dari pelanggan, voucher bayaran, invoice, resit pembelian, perjanjian sewa beli, perjanjian untuk jualan secara consignment dan macam-macam lagi.
Ramai peniaga yang ambil mudah urusan ini. Bagi mereka, ianya tidak penting. Yang penting ialah boleh buat jualan dan untung. Dengan rekod jual beli dan dokumen yang lengkap akan membantu anda merangka sasaran jualan di masa akan datang dan membuat belanjawan untuk masa depan.
Selain dari itu, ianya juga memudahkan orang lain untuk faham tentang perniagaan anda dan bukan berharap kepada ingatan anda sahaja.
5. Tak tahu kos perniagaan dan margin keuntungan
Perniagaan ialah untuk kita bantu orang lain dengan perniagaan kita, dan untuk kita bantu diri kita dengan keuntungan yang kita dapat selain daripada kepuasan dalam membantu orang lain. Masalahnya, ada ramai peniaga tidak tahu langsung tentang kos perbelanjaan perniagaan mereka. Mereka tidak tahu dengan jelas kos untuk setiap produk. Dari pembuatan sehingga produk tersebut sampai ke tangan pelanggan, semuanya melibatkan kos.
Anda tidak layak untuk gelar diri anda peniaga jika anda tak tahu kos perbelanjaan perniagaan, kos jualan, untung rugi syarikat. Jika anda berada dalam keadaan ini, anda patut fikirkan semua tindakan anda. Dan, anda mungkin tak akan nampak hala tuju perniagaan anda jika anda tak tahu dan tak nak ambil tahu tentang kos dan untung rugi perniagaan.
Sekiranya anda mengalami masalah seperti di atas, kami di NSR Business Solution ingin membuka peluang untuk anda belajar tentang pengurusan perakaunan untuk perniagaan anda. Sesi ini adalah terhad. Jangan peningkan kepala anda untuk belajar secara online di internet sahaja. kami sediakan cara praktikal untuk memudahkan anda faham.
Apa yang anda akan perolehi selepas sesi Klinik Perakaunan Perniagaan Enterprise ini?
1. Anda akan belajar cara dan teknik penyusunan fail / dokumen penting bulanan
2. Anda akan belajar bagaimana untuk membaca / melihat laporan bulanan penyata kewangan
3. Anda akan belajar bagaimana untuk membuat sebut harga, invois, resit dan payment voucher melalui software yang amat mudah
4. Anda akan belajar bagaimana tips untuk mengeluarkan kewangan perniagaan untuk kegunaan peribadi mahupun perbelanjaan yang di perlukan. (Sebaiknya anda tidak menggunakan cash untuk perbelanjaan persendirian, jadi anda perlu tahu caranya supaya kewangan anda mudah dikesan)
5. Anda akan belajar pendedahan mengenai perisian perakaunan.
6. Anda akan belajar cara pengiraan cukai dan zakat.
7. Anda akan belajar secara praktikal keseluruhan pengurusan perakaunan untuk operasi perniagaan anda.
DAFTAR SEGERA SEBELUM BISNES ANDA DROP DISEBABKAN ANDA TIDAK MENYUSUN PROFIL KEWANGAN PERNIAGAAN ANDA!
Sertai Sesi Klinik Pengurusan Perakaunan pada :
Tarikh : 16 Januari 2021
Hari : Sabtu
Masa : 9:00am - 5:00pm
Yuran Kebijaksanaan : Rm100 Sahaja
Terhad kepada 15 peserta sahaja.
Lokasi Tempat :
11C, Lorong 2C, Jalan Abdul Samad, 81700 Johor Bahru, Johor, Malaysia